+Follow UsDashboard
Wafi Crɛws
KAA CREW

Welcome to our  little inspiration. We just shared what we like and feel. Thanks for taking time to here. We Love You.

Le posts
Let's know each other
WAFI-ians


Credits;

Only Learned Bad Things - B1A4
Template is 100% made by Aulia Septiya
Inspiration: Ziera Sharplet
Helped: colour; picture;
Edit by: Syasya Syakirah
All rights reserved ® Wafi Crew 2012.
Best view in Google Chrome


Hitler Menghormati Agama Islam!
Monday, February 14, 2011 // 0 narnian


Sieg Heil!! Bila sebut Hitler, apa korang fikir? WWII? Holocaust? Nazi? Fuhrer? Banyak buku mnyenaraikan Hitler sebagai tyrant, diktator, gila perang dll.. Rmai berfikiran Hitler kejam..tapi hakikatnya..Hitler menghormati agama Islam...Ya!! bahkan Hitler sendiri prnah bertemu dgn Mufti Baitul Maqdis dulu!!! X Percaya???!! Ni buktinya!!

The Mufti asked Hitler to back Arab independence and requested that Nazi Germany oppose, as part of the Pan-Arab struggle, the establishment of a Jewish national home in Palestine (the future creation of Israel) Memang lar mereka bertemu ni ada motif tersendiri...tapi yg pasti Hitler menghormati Islam ... Sejarah menyatakan Hitler ni beragama Kristian...tapi Hitler sendiri pernah menyatakannya secara peribadi: Hitler stated in private, " The Mohammedan religion (Islam) would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness ...

Ni plak satu artikel menarik:

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam

Dari arkib Bicara Agama, Utusan Malaysia

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.


Sieg Heil!!!

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar. Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Mufti Besar Jerusalem @ Baitul Maqdis

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman
bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi
Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari
1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis
sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari
1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis
Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika
itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang
sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan
dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di
sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin
Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang
diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan
kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman)
di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan
Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua
pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini
kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun
paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu
menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya
menjalinkan satu hubungan dengan Hitler..

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang
sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan
Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen
berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan,
apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam
sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.