KAA CREW
♦ Le posts ♦ Let's know each other ♦ WAFI-ians Credits; Only Learned Bad Things - B1A4
Inspiration: Ziera Sharplet Helped: colour; picture; Edit by: Syasya Syakirah All rights reserved ® Wafi Crew 2012.
| ★RANCANGAN PEMBUNUHAN NABI MUHAMMAD SAW
Friday, November 5, 2010 // 1 narnian
Assalamualaikum kawan-kawan.. Kali in kami ingin menceritakan kepada kawan-kawan tentang kisah orang yang ingin membunuh junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Pada suatu hari, beberapa orang musyrikin Quraisy sedang berkumpul di rumah Abu Jahal. Di antara mereka ada yang bernama Thariq Ash Shaidalani dan Syibab. Mereka sedang merancang cara untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. "Ada cara yang mudah untuk membunuh Muhammad. Sudah berulangkali kita gagal mencelakakannya. Teatapi kali ini pasti berjaya," kata Thariq. "Bagaimana caranya," tanya Syibab. "Setiap petang Muhammad berada di Kaabah. Kalau kita jatuhkan batu besar dari atas Kaabah, dia pasti akan hancur binasa," jawab Thariq. "Cara yang bagus. Laksanakan sahaja rancangan itu." kata Syibab. Maka Syibab ditugaskan melaksanakan tugas itu. Dia naik ke atas Kaabah. Batu besar diangkat dan dijatuhkan menghala ke kepala Nabi Muhammad SAW. Batu besar yang jatuh dengan cepat itu tiba-tiba berhenti di atas kepala Nabi Muhammad SAW. Baginda sempat mengelak sebelum batu besar itu jatuh ke atas tanah. Menyaksikan keajaiban itu, Syibab berasa sungguh gementar. Dengan pantas dia turun dari Kaabah dan melarikan diri. Allah SWT telah menyelamatkan nabi-Nya daripada usaha pembunuhan yang dilakukan kaum musyrikin, kaum yang menyekutukan Tuhan. Peristiwa itu membuatkan Syibab percaya bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang nabi utusan Allah SWT. Dia kemudian beriman kepada Islam. Begitu juga dengan Thariq da beberapa oarang lainnya yang ikut marancang usaha pembunuhan itu..... |